Sup Ayam Sedap


Assalamualaikum,

Pernah tak korang alami keadaan di mana bila korang balik kerja ker balik dari shopping ker, anak-anak korang mintak nasi now-now-now juga.

Dah laa penat tak habis lagi, nak kena masak pulak! Ape yer menu yang paling senang nak buat selain daripada telur mata atau telur dadar tu?

Hanim suka masak sup ayam + sayur! All in one pot, kalau boleh nak buh nasi sekali dalam ni, tapi tak sedap laa pulak kan..

Sup ayam ni juga sangat-sangat sesuai dan berkhasiat jika korang ada rasa-rasa nak demam ke nak selsema ker.. sebab guna rempah ratus yang agak banyak.

Kalau nak dapatkan sup ayam yang paling 'kick' sangai dulu rempah ratus tue dan blend sampai halus, kalau rasa tak halus make sure korang tapis yer, kang berbiji pula sup korang.

Tak pun, kalau dah ada sikit penyakit "M" tu, tumis terus jer.. macam menu Sup Ayam yang Hanim nak share harini.

Jom try resepi mudah sup ayam cepat dan sedap ini,


Bahan-Bahan Sup Ayam Sempoi dan Sedap

1 ekor ayam saiz kecik
3 biji bawang merah (hiris)
2 biji bawang putih (hiris)
1 inci kulit kayu manis
1 sudu kecil herba campur
4 biji buah pelaga
1 kumtum bunga lawang
3 kuntum cengkih
2 sudu minyak masak
Garam (secukup rasa)
1 mangkuk air

*Optional*
Carot
Kubis Bunga
Saleri
Tomato
Kentang

Langkah-langkah memasak Sup Ayam Sempoi dan Sedap

Langkah 1 : Panaskan dua sudu makan minyak masak dalam periuk

Langkah 2 : Masukkan rempah ratus dan bawang, tumis sehingga naik bau

Langkah 3 : Masukkan air dan biarkan sehingga mendidih

Langkah 4 : Setelah air rebusan mendidh masukkan ayam

Langkah 5 : Masukkan sayuran yang keras seperti carot dan kubis bunga terlebih dahulu

Langkah 6 : Masukkan sayur yang lembut seperti saleri, sawi dan tomato (jika ada)

Langkah 7 : Setelah sup mendidih, tutup api dan masukkan garam secukup rasa

Dah Siap..!! Nyum nyum..

Old time favorite : Nasi Sup Banjir



Video Sup Ayam Sempoi dan Sedap



HanimHamid

A working woman, cheerful wife to a caring husband and a mother of 2 adorable kids. Just loved being in my small kitchen and trying recipes. Glad to share and lets cook for our beloved ones too..

No comments:

Post a Comment