Pernah tak korang rasa taip kali lepas masak menu-menu yang berbau seperti sambal tumis, ikan masin goreng atau bakar belacan ke, satu rumah korang akan berbau masakan tu? Kadang-kadang rasa macam berhari2 bau tu masih ada tak hilang-hilang kan..
Selalunya sebab utama satu rumah berbau ni sebenarnya sistem sirkulasi di dapur kite tu yang tak baik. Tapi itu lah, biar pun dah bukak semua tingkap, blower dan hood sekali pun, tetap jugak ada bau.. hilang mood nak masak selalu kan?
Okay, nie Hanim nak kongsikan beberapa petua yang sangat membantu, Alhamdulillah, Hanim dah test bau masakan memang berkurang,
1. Lawan bau tak sedap dengan aroma masakan yang sedap.
Tip yang paling win dan paling cepat melawan bau tak sedap ialah dengan memasak masakan yang mempunyai aroma yang sedap seperti, kek atau biskut! Tak pun yang paling sempoi didihkan air kopi pekat dalam periuk selama 5 minit, tutup api dan biarkan jer kat atas dapur tue. Bau ala-ala Starbuck youuu. Kalau tak suka kopi, boleh tukar dengan lemon atau kulit kayu manis.
2. Bukak tingkap dapur, blower, hood atau penapis udara dan hadkan laluan asap masakan ke ruang yang tidak diingini seperti ruang tamu dan bilik.
Kalau kat dapur korang ada tingkap, pintu, blower, hood atau penapis udara make sure korang on dulu semua tu sebelum mula memasak. Kalau ada pembahagi ruang antara dapur cuba hadkan atau block laluan asap masakan tu, boleh letak langsir atau buat sliding door. Hanim letak langsir jer, bila nak masak tarik langsir siap masak ikat balik langsir tu, hehehe. Pengikat langsir pun sekarang nie ada macam-macam semuanya cantik-cantik tau.
3. Bersihkan lantai dengan air + pelembut fabrik atau cuka makan
Kaedah ini yang Hanim paling suka, penat sikit tapi hasilnya berbaloi-baloi. Selalunya lepas memasak, bukan sahaja bau masakan yang ada, lantai pun rasa macam melekit jer. Silap haribulan langsir dan sofa pun ada bau masakan. Caranya campurkan pelembut fabrik atau cuka dengan air paip biasa dan mop laa satu rumah. Langsir dan sofa pula boleh spray terus ke atas fabrik. Udara bukan sahaja berbau segar, lantai pun bersih tau.
4. Letakkan arang di laluan asap masakan
Meletakkan arang di dapur juga dapat mengurangkan bau masakan, tapi cara nie lambat sikit lah. Kalau nak rumah nampak kemas dan cantik boleh letakkan arang dalam pasu, lepas tu letak bunga artificial atau pokok daun. Pasu-pasu ni boleh letak atas meja makan ker kat sudut-sudut rumah ke, sangat fleksibel, siap boleh alih-alih lagi tau. Arang nie juga sangat berkesan untuk hilangkan bau dalam kereta dan peti sejuk juga tau.
Okay, ini adalah petua-petua yang selalu Hanim buat untuk mengatasi masalah bau masakan di dalam rumah. Jika korang mempunyai pelbagai petua lain, sudi-sudilah berkongsi dengan Hanim yer (boleh share dalam komen).
Apa yang paling penting demi kesejahteraan orang tersayang cuba utamakan bahan-bahan alami dan semulajadi. Elakkan daripada menggunakan bahan-bahan yang berunsur kimia yang membahayakan kesihatan. Yelah, kita dan keluarga kita juga yang akan menyedut bau-bauan tersebut pada setiap hari kan.
Sekian, selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment