"Aduhhh.. dah penat-penat masak..
Sinki pulak buat hal..tersumbat!
Pinggan mangkuk tak basuh lagi nie..
boleh sakit jiwa raga kalau macam nie,
semua kerja jadi lambat"
Jangan bimbang.. sinki tersumbat ini adalah perkara biasa! Banyak penyebab sinki tersumbat ni, mungkin sebab sisa makanan, minyak, lemak atau rambut dok menempek kat lubang sinki tu. Yer lah, macam mana tak tersumbat kalau semua benda hentam buang dalam sinki tu kan..
So, sebelum korang sakit jiwa raga, Hanim nak share beberapa petua untuk atasi masalah sinki tersumbat ni, petua ini lebih sesuai untuk masalah sinki tersumbat yang terseberapa serius yer, kalau yang dah serius tue sila ambil gergaji dan gergaji jer paip sinki tu, tak pun gie kedai beli sinki baru, hehe..
Bahan dan alatan yang boleh digunakan untuk mengatasi sinki tersumbat (gambar dari google) |
1. GARAM KASAR + AIR PANAS
Kaedah pertama ini paling ramai orang buat sebab dia yang paling senang, kalau selalu masak mesti ada stok garam kat dapur tu kan? Sebaiknya guna garam kasar sebab ia lebih berkesan.
Caranya pun tersangat laa senang, tabur garam ke dalam saluran sinki yang tersumbat tu dan tuang air panas. Ulang proses beberapa kali sehingga kotoran larut dan saluran lancar.
2. BAKING SODA + GARAM + AIR PANAS
Kaedah kedua ni advance sikit daripada kaedah yang pertama, caranya campurkan satu sudu baking soda dan satu sudu garam ke dalam saluran sinki secara berselang seli. Buat dalam 2 ke 3 layer. Tuang air panas terus ke dalam saluran sinki tersebut. Proses ini perlu diulang beberapa kali sehingga saluran sinki menjadi lancar.
Jika nak hilangkan bau busuk, campur sedikit cuka atau sabun pencuci ke dalam air panas terlebih dahulu, baru tuang ke dalam saluran sinki.
3. CLOG REMOVER
Kaedah ketiga ni kaedah moden, beli jer apa-ape brand kat pasaran tu dan tuang terus jer kat saluran sinki yang tersumbat. Ada pelbagai jenis clog remover di pasaran ada yang dalam bentuk serbuk, gel, cecair, cube dan juga stick.
Cara-caranye kena baca kat label produk tu lah sebab lain produk lain cara kan.. hehe.
4. GUNA PELOCOK, DAWAI ATAU DRAIN SNAKE
Kaedah keempat nie renyah sikit sebab kita kena tarik kotoran keluar dari sinki. Tapi selalunya kaedah ini memang menjadi, lebih-lebih lagi kalau rambut yang menjadi punca sinki tu tersumbat.
Cara guna pelocok : Tekan pelocok pada saluran yang tersumbat. Tapi make sure dalam sinki tu berisi air yer sebab tekanan dari air tu yang akan membantu menarik kotoran kat dalam saluran tu. Ulang proses beberapa kali sehingga air keluar dengan lancar.
Cara guna dawai/drain snake : Masukkan alat ke dalam saluran sinki dan pusing-pusingkan supaya kotoran yang tersumbat melekat dan berkumpul pada alat. Tarik keluar alat + kotoran dan curahkan air panas ke dalam saluran sinki. Ulang proses beberapa kali sehingga air keluar dengan lancar.
5. BUKA DAN CUCI PERANGKAP
Sekiranya semua langkah di atas masih tidak memberikan hasil yang memuaskan, kaedah terakhir ialah membuka perangkap yang terdapat di bawah sinki. Ada beberapa jenis perangkap antaranya perangkap bentuk S, P dan perangkap botol.
Sebelum buka pastikan letak baldi di bawah sinki, tak letak takpe tapi lepas bukak korang akan sakit jiwa raga nak cuci kotoran yang keluar dari saluran sinki tu.
Lepas buka tu cuci la saluran tu, guna berus gigi atau pencuci botol susu yang dah tak nak guna lagi.
PETUA ELAK SINKI TERSUMBAT
Senang jer, buat salah satu kaedah di atas sekerap yang boleh. Kalau malas buat sebulan sekali pun dah okay.
Disamping itu cuba elak membuang sisa makanan atau minyak terus ke dalam sinki, sebab dua benda nie jer penyumbang utama sinki tersumbat.
Apa yang penting "istiqamah", "insyaAllah" tak tersumbat sinki korang tue!
No comments:
Post a Comment