![]() |
Sambal belacan ori vs sambal belacan tempoyak |
Assalamualaikum,
Harini nak share resepi yang paling simple.. tumbuk-tumbuk jer.. rasanya tengok gambar pun dah tau resepi apa kan? Tapi kenapa ada dua pula tue.. yang merah sambal belacan ori yang kuning sikit tue sambal belacan tempoyak!
Memandangkan dua-dua sambal ni menggunakan resepi yang sama. Hanim buat lah dua jenis sebab encik husband tak makan tempoyak hehe.. Tumbuk je semua sekali, last step bahagi jer dua.. Satu sambal belacan biasa satu lagi sambal belacan + tempoyak.
Kedua-dua sambal ni merupakan hidangan pelengkap dan pembangkit selera. Selain dimakan dengan ulam-ulaman seperti timun, ulam raja, petai, kacang panjang dan lain-lain. Ia juga boleh digandingkan dengan pelbagai jenis menu lain seperti kari, asam pedas, sup dan juga ikan goreng.
Bahan sambal belacan tempoyak ini pula terdiri daripada cili merah, cili padi, belacan, garam, gula, lemon/limau kasturi dan tempoyak.
Kalau nak sambal belacan yang sedap pastikan belacannya di bakar dahulu yer.
Kalau nak extra pedas boleh tambah cili api yang yang warna merah tue, Hanim guna cili padi jer sebab cili padi ni petik kat pokok depan umah hehe.
![]() |
Bahan : Cili merah, cili padi, belacan, garam, gula, lemon/limau kasturi dan tempoyak |
![]() |
Langkah 1 : Tumbuk cili merah, cili padi, belacan, garam dan gula sehingga hancur |
![]() |
Langkah 2 : Bila cili dah hancur perahkan lemon dan masukkan tempoyak. Siap! |
![]() |
Sambal belacan ori by didapursempoi |
![]() |
Sambal belacan tempoyak by didapursempoi |
Selamat mencuba..
No comments:
Post a Comment