![]() |
Buah atau sayur perlu dicuci terlebih dahulu sebelum dimasak atau dimakan © Shutterstock |
Buah atau sayur yang baru dibeli perlulah dicuci terlebih dahulu sebelum dimasak atau dimakan. Walaupun ia kelihatan bersih dan dibungkus dengan plastik kita tidak tahu bakteria atau kotoran apa yang berada di permukaannya. Bahan kimia, racun membasmi hama, telur cacing dan bakteria seperti salmonella, escherichia coli, lietseria sering terlekat dan sukar untuk dilihat dan sudah pasti boleh membahayakan kesihatan.
Jadi, apakah cara yang paling tepat untuk mencuci sayuran
dan buah agar nutrisinya terjamin dan selamat untuk dimakan?
Jom Hanim kongsi
tip-tip yang boleh diaplikasikan semasa mencuci buah-buahan dan sayur-sayuran.
1. Cuci tangan dan alat memasak sehingga bersih
Sebelum kita mencuci sayuran atau buah,
sebaiknya tangan dan alatan memasak dicuci terlebih dahulu dengan sabun
sehingga bersih. Jangan lupa mulakan
dengan bacaan ‘bismillahirrahmanirrahim’ yer.
2. Cuci dengan air yang mengalir
Air tersebut tak perlulah mengalir dengan
kuat nanti membazir, cukup yang mengalir perlahan sahaja. Basuh dan gosok perlahan-lahan permukaan sayur atau buah tersebut di bawah
air yang mengalir. Tujuannya adalah
untuk mengeluarkan ulat, tanah atau kotoran yang melekat. Tak perlu gunakan
sabun kerana ia akan mempengaruhi rasa.
3. Tip sebelum mencuci sayur dan buah,
- Kubis – buang dahulu bahagian permukaan luar daun
- Kangkung dan Sawi – rendam sebentar dalam air + sedikit garam
- Brokoli dan kubis bunga– rendam sebentar dalam air + sedikit cuka
- Anggur - lumur dahulu dengan sedikit tepung dan biarkan 5-10 minit
4. Bilas sekali lagi
Untuk memastikan tiada kotoran yang melekat
kembali, bilas sekali lagi semua sayuran dan buah tersebut. Sambil bilas sambil
selawat yer. Untuk buah yang boleh dimakan terus seperti anggur dan strawberi,
sila bilas dengan air yang telah dimasak atau ditapis agar buah benar-benar
bersih.
5. Asingkan yang sudah dicuci dengan belum dicuci
Bagi mengelakkan bakteria, pastikan bekas
yang digunakan bersih dan tidak bercampur dengan bahan mentah yang lain seperti
daging, ikan atau ayam. Papan pemotong pun sebaiknya di asingkan.
Akhir kata, sayuran dan buah sebaiknya dicuci bersih terlebih dahulu sebelum dikupas atau dipotong. Dengan cara ini, daging buah atau sayuran tidak tercemar oleh kotoran yang melekat di kulit buah atau permukaan sayuran. Ada juga pendapat mengatakan sayur perlu dimasak terlebih dahulu baru dipotong untuk mengelakkan nutrisinya hilang dan larut dalam air/kuah. Hanim lebih suka potong dahulu sebelum masak sebab lebih mudah, kalau menu yang berkuah tu, kita hirup jer kuah dia. Hehe..
No comments:
Post a Comment