![]() |
Ayam Kicap Madu |
Assalamualaikum dan salam hujung minggu..
Masak apa yer harini?
Hanim masak ayam masak kicap simple jer..
Masakan nie adalah favorite husband dan anak-anak. Boleh bertambah nasi dalam pinggan tau.
Selalunya tukang masak lah yang menangis tepi bucu katil sebab dapat makan seketul jer.. Huhu..
Tapi tak per, yang paling membahagiakan bila semua makanan yang kita masak habis licin di makan oleh orang-orang tersayang. Betul tak?
Berikut adalah resepi ayam masak kicap simple lagi sempoi,
![]() |
Bahan-bahan Ayam Masak Kicap |
Bahan-bahan Ayam Masak Kicap
- Seekor ayam
- 3/4 cawan kicap lemak manis
- 1/4 cawan madu
- 3 biji bawang merah (optional)
- 2 biji bawang putih (optional)
- 1 biji bawang besar
- 1 biji limau nipis
Langkah-langkah penyediaan Ayam Masak Kicap
Langkah 1 : Gaul ayam dengan sedikit garam kunyit dan goreng ayam separuh masak.
Jangan terlebih masak yer sebab kita nak texture ayam yang lembut. Masa ni ayam masih lagi mentah, jangan risau yer sebab kita akan masak lagi sekali dengan kuah kicap nanti.
Langkah 2 : Blend semua bawang dan tumis guna minyak goreng ayam tadi sehingga naik bau
Minyak goreng ayam tu sedikit jer tau, cukup-cukup untuk tumis bawang yang kita blend jaa. Lebihan minyak boleh buang atau guna semula terpulang pada pilihan masing-masing.
Langkah 3 : Masukkan ayam goreng, gaul dan biarkan seketika.
Masa time nie biarkan ayam tue bergaul mesra dengan tumisan bawang, baru terasa bila nak makan nanti sebab kemanisan bawang tu dah masuk dalam isi ayam. Kalau rasa nak hangit atau kuali tu dah melekat-lekat boleh tambah sedikit air. Hanim tak tambah air sebab nanti nak masukkan kicap nak kuah pekat, baru ummphh..
Langkah 4: Masukkan kicap lemak manis dan madu
Memasukkan kicap dan madu adalah langkah terakhir, lepas masukkan gaul dan biarkan ia mendidih sekali sahaja. Jangan biar atas api lama-lama sebab sebab kita tak nak kicap dan madu nie terlebih masak.
Langkah 5 : Perahkan sebiji limau kasturi atau sedikit lemon
Sebelum angkat masuk pinggan boleh perahkan sebiji limau kasturi atau sedikit lemon. Baru ada rasa masam, manis dan masin. Kalau nak letak garam dan gula pun boleh ikut citarasa masing-masing, Hanim tak letak sebab dah sedap dah.. hehehe..
p/s : Ishhh.. banyak pula minyak bergenang kat pinggan tue, minyak tu jgn makan tau, kolestrol!!
p/s : Ishhh.. banyak pula minyak bergenang kat pinggan tue, minyak tu jgn makan tau, kolestrol!!
Salam semua saya syor kan kalau kena kencing manis yg tinggi atau kaki luka berair nak kena potong akibat kencing manis cuba wasap atau call saya En Mohd Zuhairi bin Noordin 0174687570 Insya Allah harga mampu milik kita bagi gula turun dan luka tu akan cepat kering balik dan baik dalam tempoh kurang pada seminggu saja..Insya Allah berkesan dan jika ada pesakit yang kencing manis tinggi yang tidak ada luka pun kita akan turun kan gula bagi terkawal sama
ReplyDeletejom kita rawat kan dengan minuman herba ladang dan herba hutan (JAMINAN RASA TIDAK PAHIT)
jom kita sebarkan bantu pesakit kencing manis kronik