Kalau dekat luar negara ada mayoniese, mustard dan thousand island, dekat Malaysia mestilah ada kuah rojak buah..
Jom kenali 'rojak buah'. Profesor Wikipedia cakap rojak ialah sejenis makanan campuran buah-buahan dan sayur-sayuran mentah yang dimakan bersama kuah. Selain di jadikan makanan sampingan ia juga boleh diketegorikan sebagai salad. Jadi rojak buah ini macam makanan sihat jugak laa kan.
Antara jenis buah dan sayuran yang dicampur dalam rojak ialah mangga muda, nenas, jambu dan timun. Semua jenis buah dan sayuran ini ada khasiat-khasiatnya yang tersendiri. Next posting nanti Hanim share kelebihan buah-buahan ini pula ye.
Ehm.. kecur pulak lidahku bila terbayangkan buah-buahan segar yang rangup dan masam manis tu, cicah pulak ngan kuah rojak pekat yang dibanjiri kacang kisar yang rangup. Fuhhh.. dapp nyer..
Nie Hanim belanja gambar kuah rojak buah homemade. Guna 5 bahan jer iaitu kicap, gula, asam jawa, cabai kering dan belacan. Simple dan sempoi je kan. Yang tak sempoi nak uhmmkan rasanya sahaja sebab dalam lima-lima bahan tu gula je rasanya sama, menangis ditepi bucu katil nak bagi rasanya uhhmmm..
No comments:
Post a Comment