Acar Buah





Assalamualaikum,

Kalau pergi Korea tak pekena 'kimci' mereka ibarat macam tak pernah pergi Korea!

Kalau dok Malaysia tak pernah tau apa itu 'acar' ibarat macam bukan anak Malaysia!

'Kimci" vs "Acar", kedua-duanya lebih kurang sama, kedua-dua nya terdiri daripada campuran jeruk + cili dan cuka.

Okay, jom kita kenali apa itu acar.

Acar berasal dari satu benua kecil di India, di sebabkan ianya tahan lama, acar merupakan bekalan makanan pilihan pedagang dan perantau India. Mereka lah yang membawa dan memperkenalkan acar ke negara kita.

Kini, terdapat pelbagai jenis acar di Malaysia, ada yang mentah ada yang dimasak. Contoh acar mentah macam acar timun ngan nenas. Acar yang dimasak pula yang macam acar buah, acar kentang, acar bawang, acar ikan masin dan sebagainya.

Acar buah ni macam sambal tapi dia dicampur dengan buah, sayur yang keras-keras dan juga jeruk basah atau kering. Hasil dari campuran bahan ini akan menghasilkan rasa manis, masam dan pedas. Kalau letak bijan akan ada rasa crunchy dan kacang-kacang sikit, sedap tau!!

Cara masak dan makan acar pula sama macam sambal. Colek skit makan ngan nasi tak pun ratah begitu jaa. Cicah roti pun okay.

Ada pelbagai jenis resepi acar, warna acar pun pelbagai ada yang merah ada yang hitam, semuanya bergantung kepada tukang masak dan juga bahan-bahan yang digunakan. Ini adalah rupa acar buah didapursempoi,






Kalau Hanim la kan setiap kali pergi mana-mana tak kira kenduri ke open house ke kedai makan ke, mesti nak cuba acar yang dihidangkan. Sebabnya, dapat rasa acar yang org lain buat dan dapat compare untuk penambahbaikkan dalam acar yang Hanim buat.

Jadi kepada yang ingin mencuba dan merasa sendiri acar buah ni boleh klik di bawah, 


>>>> Cara Pembelian <<<<


HanimHamid

A working woman, cheerful wife to a caring husband and a mother of 2 adorable kids. Just loved being in my small kitchen and trying recipes. Glad to share and lets cook for our beloved ones too..

No comments:

Post a Comment