About Us

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Selamat datang ke blog DidapurSempoi, matlamat asal blog ini adalah untuk mengumpulkan resepi,tips dan petua yang berkaitan dengan pengurusan di dapur disamping memperkenalkan tiga jenis hidangan pelengkap makanan iaitu Kuah Rojak Buah, Acar Buah dan Sambal Sempoi.

Koleksi resepi ringkas merupakan menu harian yang selalu menjadi santapan Hanim seisi keluarga, cara memasaknya juga sangat sempoi disamping menggunakan bahan yang mudah didapati. Yang pasti ianya sedap dimakan dan menjimatkan masa. Cuma sukatan yang digunakan adalah 'agak-agak jer' jadi kena pandai-pandai lah ubahsuai mengikut citarasa masing-masing. 

Petua dapur pula merupakan koleksi tip-tip yang berkaitan dengan aktviti-aktiviti yang sering dilakukan di dapur. Antaranya memasak, mencuci, menyusun atur peralatan dapur dan macam-macam lagi. Semuanya Hanim himpunkan di sini untuk di jadikan sebagai panduan bersama.

Di harap blog ini memberikan manfaat kepada semua yang sedang mencari resepi ringkas dan mudah serta sedap dan menjimatkan masa. Apa yang penting, pastikan makanan yang di makan itu seimbang yer. Sentiasa mulakan dengan 'Bismillah' dan disudahi dengan 'Alhamdulillah".

Akhir kata, jika ada sebarang masalah atau komen yang Hanim terlepas pandang di dalam blog ini, bolehlah email terus kepada Hanim di didapursempoi@gmail.com

Sekian, terima kasih. 

Wassalam.

HanimHamid

A working woman, cheerful wife to a caring husband and a mother of 2 adorable kids. Just loved being in my small kitchen and trying recipes. Glad to share and lets cook for our beloved ones too..

No comments:

Post a Comment